TENTANG KAMI
Kesihatan Anda Keutamaan Kami.
Klinik Perubatan Hijraa Bentong telah mula beroperasi sejak Februari 2023. Sebagai sebuah klinik swasta milik anak tempatan, kami menyediakan rawatan kecemasan 24 jam serta perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang menyeluruh untuk semua peringkat usia, daripada bayi hingga warga emas. Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan primer dan lanjutan yang berkualiti, bukan sekadar memenuhi keperluan rawatan asas, malah turut memberikan perhatian, kemudahan serta penjagaan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan setiap pesakit.
Dengan berpegang kepada motto “Your Premium Care”, kami sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan kesihatan yang profesional, menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan pesakit. Kami percaya bahawa setiap individu berhak menerima penjagaan yang terbaik dalam persekitaran yang selesa, prihatin dan kondusif, di samping terus memainkan peranan dalam menyokong kesihatan komuniti di Bentong dan kawasan sekitarnya.

